WELCOME!

All about my personal quest to be slimmer & healthier... Won't quit eating, won't skip meals, won't starve to death...
Showing posts with label Cabaran Turun 5kg Sebln. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Turun 5kg Sebln. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

CHAPTER 1: MENCAPAI BERAT IDEAL...

Ehem... ehem... Hari ni aku nak buat 'announcement'. Dek sibuk dgn keja, aku mula lupa diri. Bila stress, mkn.... Bila x stress pon aku mkn.... Jd pd masa & tika ini, aku nk buat pengisytiharan rasmi bahawasanya aku dgn ini telah pon masuk satu lg pertandingan anjuran MUMMYBATRISYIA . Syarat2nya ada kat SINI. Senarai nama peserta pulak ada kat SINI.

Inilah berat aku sebelum 1 Feb. Pegi Tesco, sempat menimbang lg... hehehe....

Tp malangnya bila aku timbang pd awal Feb.... ni ler jadinya....

Berat sudah naik 66.3kg! Apa sudah jadi? Uwaaaa..... huhuhuhu....:(

Jd dgn azam lama yg kini baru diperbarui, aku berazam utk meningkatkan usaha agar berat idealku dpt kucapai menjelang April ni.... Knp April? Sbb...... April ni aku bakal menyambut ulangtahunku yg ke......40!!!! Bak omputih kata "Life begins at the age of 40". Hidup baru jer nk mula... Sooooo....Semoga berat idamanku iaitu 57-58kg dpt jd kenyataan... AMINNNN!!!! Aku sememangnya x tamak. Aku takmau slim sgt. Nanti Cik Abg marah sbb dia x mau aku slim mcm supermodel.... Ikutkan dia, dia x ler kisah pon dgn bentuk bdn @ rupa paras aku tp biasalah org pompuan mcm aku nih... Bila lebih ringan, rasa lebih cergas & lebih konfiden. Nak gak rasa vogue dpn hubby. Ye tak?

Foto terkini aku....

Jgn terpedaya yer sbb lelemak terselindung disebalik t-shirt kuning.... Nak pakai baju ketat2, takut uols terkezut pulak... Foto2 ni aku ambik sendiri. Nk harapkan jurugambar kat rmh? Alah, semua dh tidor... Tinggal aku jer terkulat2 x tidor2 lg ni... sbb ptg td terlebih tidor ler.... hehehe ...

OK lah kekawan semua....Jom kita sama2 mencapai berat ideal! Perjalanan masih jauh...

SELAMAT MENCAPAI BERAT IDEAL ANDA!

psssstttt.... Tahniah Salmah Kobis sbb pregnen... Aku ni bila lg yer?

Monday, November 7, 2011

SYARAT2 CDCS

SYARAT2 CABARAN DIET CUTI SEKOLAH SESSI 2011....

1- Program akan bermula pada 20 Nov 2011 dan berakhir pada 1 Januari 2012. (6 minggu)

2- Yuran penyertaan = Takde. Free of charge. Cuma perlu mendaftar sebelum cuti sekolah bermula.

3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi berat ideal. Kalau dh terlalu kurus tp nk turunkan juga berat, merbahaya tau! Pihak penganjur taknak bersubahat & bertanggungjawab....

4- Kemenangan berdasarkan 1. Berat paling byk turun & 2. LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi. (2 pemenang)

5- Wajib ada BLOG. Perlu update apa yg patut. Kalau ada gambar lg bagus. At least seminggu sekali pun cukup.

6- Wajib ada gambar (full) + gambar timbangan pada 21 Nov 2011 & pada 1 Jan 2012. (Sbg bukti)

7- Timbangan mingguan adalah pada hari Ahad (masa terpulang samada waktu pagi, tghari @ ptg tp mesti dibuat pd hari yg sama. Sila maklumkn kpd penganjur kalau tak blh nak update. 3 kali gagal update = anda tersingkir.

8- Cara diet mengikut citarasa masing2. Boleh cuba makan produk diet, jaga pemakanan @ senaman. Yg penting jgn sampai memudaratkan diri.

9- Hari AHAD adalah hari timbangan. Free day? Ikut pilihan sendiri. Kalau ada kenduri pd hari Ahad, dinasihati, timbang dulu berat seblm pegi melantak....

10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cth: Termengandung masa cabaran @ cik abg tak bagi kuruskn badan ;D

PENYINGKIRAN BERLAKU KALAU

1- Berat naik 3 kali

2- Tidak update berat sebanyak 3 kali

3- Anda mengandung @ sakit parah

4- Anda tak snap gambar & tak update langsung blog tentang program ini.

5- Anda buat liposuction

TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT
(cut & paste dr Program Diet 50 Hari. Zelia jgn mare yer...)

HADIAH:
Bergantung kpd penaja. Lg ramai sponsor, lg byk hadiah. Jd jika ada sebarang penajaan terutama drp mereka yg ada bisnes, hrp2 peserta dpt uar2kn kat dlm blog @ fb masing2. Moga2 sapa2 yg menaja ni akan dimurahkn rezeki sbb murah hati menyumbang hadiah utk para pemenang.

JGN BERLENGAH LAGI. JOM LA JOIN CABARAN NI. MANA LER TAU ANDA PEMENANGNYA...

psttt... errr atau mungkinkah aku si pemenangnya.... heheheh...

Sunday, October 2, 2011

Diet Sudah Ke Laut!

Berat terkini yg mmg dijangka.... So wahai si empunya diri... bila nk bertaubat nih?

Penyelesaian: Join Program Diet baru... Program CABARAN TURUN 5KG SEBULAN!

psstttt..... blh ker ni? PASTI BOLEH PUNYA!